Maaf atas kekurangan dan ketandusan cerita sejak akhir2 ini.Bukan nak kata busy, cuma kekeringan rasanya otak nak karang ayat dan taip satu persatu. Penat, lelah pun yer jugak. Semua nak dikejar, semua nak dikendong, itu belum kira yg tercicir..Banyak nak di tanggung, nak di jawab, yang datang dari tanggungjawab..
Aku anggap itu semua amanah dari Tuhan,
Yang mahukan aku belajar erti kehidupan.
Aku anggap ini adalah anugerah dari Dia,
Yang mahukan aku jadi lebih hebat di masa depan.
Hidup siapa yang tak di rundung masalah? Kau bagitahu aku sekarang.
Hidup siapa yang sentiasa di atas, tanpa pernah rasa suam tanah bumi?
Aku nak jumpa orang itu.
Sini, aku tunjukkan tinggi mana langit yang payungi kau sehari-hari.
Nun di atas, tinggi bukan? Kena ingat, setinggi mana kau pergi, jangan lupa rumput yg melata, akar yang mencengkam. Yang buat kau ada pentas untuk tunjuk lagak.Jikalau tiada, kau tiada apa-apa.
Aku tak faham, kenapa, baru diberi sedikit cahaya, riaknya sudah terang benderang bagai matahari. Seperti boleh terangi semesta alam. Hidup jangan terlalu ketat, longgarkan sedikit tali yang menjerut leher kau, supaya kau boleh bernafas walau dalam lumpur. Jangan diikutkan rasa hati yang derita, terus menerus kau salahkan takdir, jari dituding ke kiri kanan atas bawah.
Masih mahu berkembang dada? Sini, aku tunjukkan cermin. Tenung dalam-dalam. Kau nampak apa? Aku tak perlu ajar, sebab kau cendekiawan, tapi jenis yang tidak mahu buka otak dan hati. Oh rugi.teruskan lagi..sampai mimpi ngeri, tidak terperi..
Untuk yang sentiasa menghormati, tinggi budi, santun di hati, tahniah. Kalian perlu berbangga dengan kualiti diri, walau ada kekurangan di sisi, teruskan lagi..Mudah-mudahan Allah memberkati..Ameen..~